Buat Duit Online Tanpa Laman Web

Posted on : 29-09-2011 | By : admin | In : perniagaan internet

Adakah anda ingin menghasilkan pendapatan daripada internet tetapi anda tidak mempunyai cukup pengalaman dan sememangnya tiada pengalaman dalam bidang ini. Anda juga tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakannya. Sebenarnya anda tidak perlu risau ataupun bimbang kerana banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan online anda yang pertama. Salah satu peluang yang ada dan pada pendapat saya ini adalah di antara yang terbaik, ialah dengan menyertai affiliate marketing.

Affliate marketing memberi peluang kepada anda memasarkan sesuatu secara online walaupun anda tidak mempunyai produk anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah mendaftar dengan affiliate program, yang dimiliki oleh affiliate merchant. Sekarang anda telah pun mempunyai produk untuk dipasarkan secara online. Sebagai affiliate, anda akan dibayar komisen yang telah ditetapkan oleh affiliate merchant. Komisen ini akan dibayar kepada anda sekiranya anda membawa pelanggan kepada website merchant’s dan mereka membeli produk yang anda promosikan.

Untuk anda mula menyertai dan mempromosikan affiliate program amat cepat dan mudah, kerana pendaftarannya adalah percuma. Tetapi biarpun faedah dan kelebihan yang telah ditawarkan oleh kebayakan affiliate merchant, ramai lagi yang masih teragak-agak untuk menyertai affiliate marketing. Antara sebab utama kenapa mereka ini masih lagi teragak-agak untuk menyertainya adalah kerana mereka ini tidak mempunyai website untuk mempromsikan produk affiliate. Disebabkan persoalan ini, tergerak hati saya untuk menerangkan adakah mereka yang ingin menyertai affiliate program perlu mempunyai website.

Di negara barat, ada sesetengah usahawan internet yang baru atau pun yang senior dalam perniagaan mempromosikan affiliate program memulakan dan menjalankan perniagaan mereka tanpa website. Anda sudah nampak bukan, sebenarnya sesiapa sahaja yang ingin mempromosi dan memasarkan produk affiliate boleh bermula walaupun tidak mempunyai website. Lagi pun, banyak strategi dalam affiliate marketing yang boleh membawa kejayan kepada anda dapat dilaksanakan tanpa anda memiliki website. Antara strategi yang saya maksudkan adalah seperti email marketing, menulis ebooks secara percuma , promosi di ezines, menyertai perbincangan online, dan menulis arktikel.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan secara affiliate, saya sarankan anda rajin ke forum-forum internet marketing sama ada tempatan atau antarabangsa. Dengan ini, anda boleh menjana pendapatan tanpa perlu ada website sendiri.

Trafik Percuma dengan SocialMonkee!

Posted on : 22-06-2011 | By : admin | In : trafik website percuma, Uncategorized

Satu lagi perkara penting untuk mendapatkan lebih banyak trafik ke website kita adalah pautan balik.

Apakah itu backlink?

Backlinks adalah link masuk ke blog atau laman web anda, ataupun ia dipanggil pautan balik. Stu-satunya perkara yang anda perlu lakukan ia mempromosikan blog anda di internet. Daftar dalam beratus-ratus website dan letakkan link anda pada mereka setiap hari.

Ia mudah untuk melakukan tetapi ia memakan masa yang panjang… Namun sekarang tiada masalah! Saya telah menemui satu laman web percuma yang melakukannya untuk kita.

Website tersebut ialah: SocialMonkee

Bagaimana ia berfungsi?

Ia cukup mudah untuk digunakan. Hanya mendaftar dan anda akan mendapat 25 unik backlink percuma setiap hari ke blog atau laman web anda, setiap hari. Ini bermakna 750 pautan balik sebulan dengan akaun percuma.

Nampak dah cukup best, tetapi kita mahu 300 backlink sehari bukan?

OK, anda boleh mendapatkan 300 backlink ini secara percuma juga dengan program referral. Satu-satunya perkara yang anda perlu lakukan ia mengajak 12 orang rakan anda untuk menyertai SocialMonkee dan menjadi pengguna Premium dan anda akan mendapat 100 pautan balik 3 kali pada hari.

Ini bermakna 300 pautan balik pada hari dan 9000 backlinks pada bulan. Semuanya percuma! Bertan-tan trafik ke blog atau laman web anda.

Trafik = lebih baik index pada enjin carian = lebih leads dan jualan!

Jika anda tidak sabar dan ingin 300 pautan balik sekarang, anda boleh membuat masa satu membayar sebanyak $ 47 untuk Akaun Premium. Terpulang kepada anda!

Antaramuka

Antaramuka SocialMonkee sangat mudah. Jika anda menggunakan Firefox anda boleh muat turun plugin dan submit link anda hanya klik butang atau anda boleh menggunakan form dalam SocialMonkee.

Hanya masukkan url, kabar, keterangan, tag, kategori dan klik butang Hantar.

Jadi apa yang anda tunggu? Mula untuk mendapatkan tan trafik dengan SocialMonkee!

Webinar Sebagai Senjata Pemasaran Terkini

Posted on : 10-05-2011 | By : admin | In : perniagaan internet

Artikel yang menarik ini dipetik daripada blog Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com/

Seperti bisnes konvensional yang lain, bisnes internet juga akan melalui fasa di mana sesetengah usahawan akan menggunakan peralatan yang baru untuk membantu mengembangkan bisnes mereka.

Sebelum ini, anda mungkin pernah mendengar ramai usahawan luar negara menggunakan perisian tertentu untuk mengendalikan “web seminar” atau singkatannya “webinar”. Anda juga mungkin pernah mengikuti beberapa webinar yang dianjurkan mereka, tetapi pada masa tersebut, mungkin anda terfikir, “kenapa belum ada lagi usahawan tempatan menggunakan webinar untuk membina bisnes mereka? Adakah usahawan internet tempatan ketinggalan zaman?”.

Jawapannya ada di dalam permintaan pasaran itu sendiri. Jika pasaran belum lagi bersedia, maka ianya bukanlah masa yang sesuai untuk webinar digunakan.

Mungkin pada masa tersebut, talian internet tidak berapa berkuasa untuk menggunakan webinar. Mungkin kumpulan pasaran yang memerlukan webinar ini belum cukup besar. Atau, mungkin pasaran belum bersedia lagi.

Jadi, walaupun usahawan internet tempatan sudah bersedia dengan teknologi ini, ianya tidak dapat diaplikasikan.

Apa yang berlaku ialah usahawan internet yang mengikuti perkembangan semasa akan menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk memperkenalkan “webinar” kepada pasaran. Dan, bila semuanya bersedia, maka teknologi ini akan sampai juga ke pasaran tempatan. Maka, akan terdapat lebih ramai lagi usahawan internet yang akan menggunakan “webinar” dengan lebih kerap.

Kini, jika anda perasan, sudah ada beberapa usahawan internet tempatan yang menggunakan “webinar” di dalam bisnes mereka. Saya pasti yang mereka akan menyukai teknologi webinar ini kerana ianya amat mudah digunakan dan lebih ekonomi jika hendak menggunakan medium seminar secara “live” yang sudah tentunya menelan belanja ribuan ringgit bagi setiap satu sesi seminar.

Dengan perisian “webinar”, percaya atau tidak, anda boleh berhubung secara langsung dengan pelanggan anda pada harga kurang US$9 (atau kurang RM30) sebulan. Ini adalah permulaannya dan dengan adanya teknologi yang murah dan senang diperolehi ini, saya jangkakan akan ada lebih ramai lagi usahawan internet yang akan menjadikan “webinar” sebagai senjata pemasaran mereka.

Saya pula telah menggunakan “webinar” semenjak tahun 2009 lagi. Perisian yang digunakan ialah “Instant TeleSeminar” dan sekarang terdapat banyak perisian sebegini.

Bergantung kepada bajet anda, “Instant TeleSeminar” mungkin pilihan anda tetapi jika anda belum lagi bersedia untuk melaburkan modal yang tinggi setiap bulan, GVO Conference (http://get.linktrackr.com/webinar ) adalah pilihan yang ideal. Dan jika anda hendak tahu, saya menggunakan perisian GVO Conference inilah untuk menghasilkan “webinar” yang saya rakam dan jual di

http://www.thefourweekstofreedombook.com/OnlineGroupCoaching1.html (kualiti rakamannya amat baik).

Hari ini pun saya ada terima satu email daripada seorang usahawan internet tempatan yang menjual rakaman “webinar” beliau dan saya rasakan “trend” ini akan berkembang pada masa akan datang. Kenapa? Ini kerana kaedah menghasilkan produk melalui “webinar” adalah mudah, dan strategi menggunakan “webinar” untuk menjual produk juga telahpun terbukti berkesan. Maka, jangan terkejut nanti bila anda lihat ramai usahawan internet tempatan yang akan mengadakan “webinar” mereka sendiri.

Persoalannya sekarang, “SUDAHKAH ANDA BERSEDIA” dengan kemunculan “webinar” ke pasaran tempatan?

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet. Di antara program di internet yang memberikan pendapatan pasif dan berulang kepada Zamri setiap bulan adalah GDI, GVO, GVO Conference, TrafficWave, Getresponse, Aweber, MLM Brilliance dan banyak lagi. Anda boleh mengikuti jejak langkah Zamri Nanyan dengan menyertai satu atau dua dahulu program yang beliau sarankan di atas dan promosi sehingga berjaya. Kemudian, tambah lagi saluran pendapatan berulang anda dengan mempromosikan lebih banyak program keahlian yang beliau sarankan.

Jualan Terawal Saya di Ebay!

Posted on : 15-10-2010 | By : admin | In : duit percuma, tip ebay

Ini adalah antara jualan pertama saya di Ebay. Barang ni pun saya dapat daripada cenderahati yang diberikan oleh vendor opis saya suatu masa dahulu.

Oklah kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dah menjana ribuan ringgit di Ebay. Inipun saya lakukan semata-mata untuk mengumpul Feedback sebelum saya melangkah lebih serius lagi dalam listing barang.

Ini merupakan salah satu tips yang saya ikuti daripada DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus Oleh Sifu Mansurbiz (terima kasih sifu!)

Antara tip-tip menjual di Ebay:

1) Kumpul positif feedback sebanyak mungkin

2) Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dropship, nasihat saya gunakan dropship tempatan supaya senang anda berurusan.

3) Buat kajian pasaran terlebih dahulu sebelum anda listkan barang. Gunakan Terapeak ataupun WatchItem untuk mendapatkan trend pasaran terkini.

Untuk mendapatkannya, boleh dapatkannya di link ini. Bonus menarik menanti anda!

DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus – Terbaiklah!!

Posted on : 07-08-2010 | By : admin | In : advetorial, bonus percuma, perniagaan internet

Memang tak sangka.. panduan memang video yang paling best saya pernah jumpa. Saya baru dapatkan dvd video ini minggu lepas. Memang menarik sangat! Kelakar pun ada, serius pun ada, macam menonton filem box office lah!

diari usahawan ebay berhingus dvd

Bagi yang nak dapatkan DVD tu, bolehlah anda beli sekarang di sini. Opps.. Jangan lupa, ada bonus menarik jika anda beli DVD tersebut melalui saya. Nak tau? Boleh lihat entry saya di sini

Lihat sendiri ulasan dari sifu MansurBiz aka Yusry JomSeminar:

Salam usahawan,

Sekarang ni “undercover” aku dah pecah lubang

yeayyy…! akhirnya undercover aku di WC terbongkar. By the way, no big deal since objective aku dah tercapai dengan jayanya… thumbs up to everybody!

Mansurbiz yang membuka thread bertajuk “Diari Usahawan eBay Berhingus” kini sudah hampir mencecah 1,500 pages dan 500,000 views merupakan satu-satunya thread yang paling hot di wangcyber.com dalam masa paling singkat.

Di forum carigold juga ada, tetapi disebabkan masalah teknikal yang berulang-ulang, membuatkan aku memfokuskan kepada forum WC sahaja.

Thread tersebut merupakan salah satu projek komuniti underground aku yang ke-3 dalam masa aku kembali ke dunia IM semenjak tahun 2006. Ilham datang selepas aku belajar daripada Michael Fortin, salah seorang copywriter rujukan aku mengenai social marketing through real-life story.

—————–

Apa cuba aku buktikan?

Sebagai seorang usahawan internet sepenuh masa sememangnya aku tidak akan sesekali lupakan kepada usaha mendidik komuniti. Aku percaya kepada satu prinsip “what you give to universe, you get back more”.

Bermula dari projek pertama – “Tuah Emas”, mendidik, meningkatkan IM “literacy” dan market awareness untuk komuniti melalui blog, forum dan ebook sulung bertajuk “e-biz”;

projek ke-2 merupakan satu website “penampan” dalam usahaku membanteras kehadiran lambakan laman-laman bersifat negatif dan ke-3 merupakan thread eBay tersebut.

Even dalam Islam kita diajar, jika kita mempunyai kelebihan, berkongsilah dengan orang lain kerana ianya satu “amanah” bukan hak mutlak kita seorang. Kebanyakan orang hanya teringatkan harta, tetapi ilmu lebih berharga kerana ROI (Return on Investment) nya diperolehi oleh si penerima seumur hidupnya manakala si pemberi menerima sehingga ke hari kiamat!

“Derma” kepada sesama saudara Islam amat besar ganjarannya. Bukan 10 kali balasan kita terima, tetapi lebih 700 kali ganda jika kita ikhlas membantu. Sila refer hadis untuk pengesahan. Aku dah pernah bangkitkan perkara ini di forum.

—————–

Ianya Bermula Dengan Ejekan

“One small step for man; one giant leap for mankind” – Neil Armstrong

Secara jujurnya, aku mula minat memulakan perniagaan ebay sejak bulan Februari 2009, meskipun sudah berdaftar dan membeli pelbagai item di eBay sejak tahun 2006.

Selepas 2 minggu memulakan perniagaan eBay, aku berhasrat untuk berkongsi eksperimen, penemuan dan pengalaman aku melalui diari di forum bertajuk “Diari Usahawan eBay Berhingus”.

Tajuk memasukkan beberapa elemen attraction dalam copywriting yang sinonim dengan maksud – “perkongsian rahsia, tips & tricks tanpa berselindung (sebab tu dinamakan diari) menggunakan satu cabang perniagaan internet eBay oleh seorang newbie”. Ini maksud tersirat dalam elemen AIDA.

Tajuk simple tetapi sedikit “catchy” mewujudkan satu “curiosity” kepada bakal pembaca. Manusia secara psikologi merupakan makhluk yang penuh sifat “curiosity” (amat cenderung untuk mengetahui sesuatu), sebab itu teknik sebegini begitu efektif.

Berbalik kepada topik. Jika diselak kembali pada laman awal setiap thread tersebut aku menjelaskan bahawa aku akan berkongsi pengalaman sendiri sebagai newbie dalam dunia eBay kepada pembaca tanpa berselindung.

Untuk menguatkan lagi AIDA, aku menyertakan juga “social proof” berbentuk laporan jualan dan keuntungan setiap hari. Meskpun angka tersebut tidaklah sebesar mana, tetapi ianya “daya tarikan yang kuat” kerana ianya terbukti secara live.

Sebab itu rancangan TV berbentuk Live atau Realiti lebih mudah mendapat sambutan. Psikologi.

Lebih menarik, aku membuat “public challenge”, bahawa aku akan hanya menjual “mouse pad” untuk berniaga di eBay dan mendapatkan status “Power Seller”.

Ya, memang ramai yang pandang rendah, skeptikal dan gelak berguling-guling dengan cabaran tersebut pada mulanya. Tetapi aku mendapat status Power Seller juga selepas 3 bulan (3 bulan adalah minimum penilaian di eBay) dengan hanya menjual mouse pad sahaja.

Point yang aku cuba buktikan disitu adalah persisten adalah kunci kejayaan mencapai apa juga matlamat berbanding hanya hangat-hangat taik ayam, regardless apa yg dijual. Proven.

Aku sukakan praktikal dan live proven berbanding teori.

Bila wujud golongan skeptikal ini, maka daya tarikan diari tersebut semakin meningkat kerana wujudnya elemen interaksi dan participation daripada pembaca. Provokasi juga salah satu elemen tarikan efektif.

Nampaknya mereka yang skeptikal sudah mula menelan air liur sendiri. Aku tidak menyalahkan atau berkecil hati dengan mereka, sebab memang itu expectation aku dari mula. Malahan aku lebih suka jika wujud pelbagai gologan sebagai reader – “menyokong (pro)”, “skeptikal/menentang (contra)” dan “atas pagar/wait & see (neutral)”.

Mereka ini membuatkan live story lebih interaktif. Macam naik roller-coaster, ada naik dan turun… itu yang membuat “ketagih” berbanding hanya cerita yang mendatar, tiada emosi dan hanya fantasi serta baik sahaja.

Diari ini juga mempraktikkan teknik “Soap Opera”, sentiasa ada kesinambungan atau elemen “cliff-hanger” – tersangkut-sangkut, ada klikmaks semua bercampur-baur. Cerita baru sama ada bersifat suspend, baik dan buruk tiada siapa yang tahu bila mereka bangun setiap pagi keesokannya… sebab ianya kisah benar.

—————–

Terkejut dan Berjayakah Matlamat Diari Usahawan eBay berhingus?

Siapa sangka, perkongsian pintar daripada ahli forum lain juga sememangnya amat membantu menjayakan matlamat projek komuniti ini. Tanpa mereka, peratus kejayaan mengecil. Sokongan daripada para pembaca juga amat diluar dugaan aku sendiri.

Jika aku berusaha sendirian seperti lone ranger, ianya pasti tidak akan berjaya.

Meskipun ianya perkongsian ilmu secara percuma, bagi sesetengah orang mengatakan ilmu percuma sampah amat meleset sama sekali. Bagi aku, ianya amat berjaya.

Baca sendiri testimonial tanpa tapisan (sebab aku bukan admin atau mod forum WC), siapa sangka tiba-tiba ada beberapa “silent reader” yang berkongsi kejayaan mereka hasil perkongsian tersebut.

Berikut merupakan beberapa kerat “testimonial” kejayaan “Diari Usahawan eBay Berhingus” hasil perkongsian pintar dan sokongan ramai pihak yang juga bermula sebagai newbie, tetapi kini dah jadi Power Seller atau Top Rated Seller di eBay:

1) Seorang bujang menggunakan hasil kejayaan untuk berkahwin dan berbulan madu di pulau idaman.
2) Seorang anak dapat membawa seluruh keluarganya, melancong ke destinasi eksotik di luar negara.
3) Seorang pelajar dapat menampung yuran pelajaran dan membeli aset idaman.
4) Seorang adik perempuan masih bersekolah, membuatkan kakaknya tergamam kerana boleh menjana pendapatan sendiri bernilai ribuan ringgit sebulan!
5) dan banyak lagi kisah real life success…

Dikesempatan ini, aku ingin menekankan bahawa projek komuniti ini amat berjaya kerana wujudnya sokongan dan usaha murni beberapa manusia gigih yang ingin sama melihat orang lain berjaya bersama-sama. Nikmat kejayaan tersebut terbukti amat besar dan lebih bermakna.

Setinggi penghargaan kepada nick berikut Zacky, Dilemma, VirtualMetal, Kekuda, Qrodat, Awe 9, Lutfee, Shahraduan, Optom77, JohnTravolta, DangaBay, KitaKaya, WorldEzam, Catzer, Boukdella, Mumtahanah, yat47, Heaven serta ramai lagi mereka yang tenggelam timbul dalam thread tersebut.

Pesanan biasa aku kepada semua juga, ambil quote si TuahEmas:

“Start Now, Start Small”

Salam Sukses,

Yusry JomSeminar
aka Tuah Emas
aka Mansurbiz

P/S: Bagi yang ingin mendapatkan DVD ini, jangan lupa ada bonus baik punya dari saya!

Bagaimana Nak Tahu Produk Scam?

Posted on : 22-07-2010 | By : admin | In : perniagaan internet, tips percuma

Akhir-akhir ini, dah banyak saya perhatikan produk-produk digital yang dijual di internet. Tidak kiralah sama ada berbentuk ebook, video, perisian dan sebagainya. Ada yang nampak meyakinkan, tapi.. betulke produk ni betul-betul memberi kesan kepada penggunanya?

Di sini saya mencadangkan beberapa cara untuk anda mengetahui sama ada produk tersebut scam atau tidak. Antaranya:

Maklumat Tentang Produk Tersebut Tidak Jelas

Saya selalu perhatikan ada minisite yang menjual ebook informasi seperti “Buat duit dalam sejam sahaja” atau “RM 5000 duduk goyang kaki”. Namun, apa asas teknik yang digunakan? Affiliate ke? Tulis Ebook ke? MLM ke? PPL ke? Rahsia sangat ke sampai mereka tak beritahu apa asas yang digunakan? Pada pendapat saya, sekiranya produk tersebut terlalu berahsia, mungkin ebook tersebut mengandungi unsur scam atau penipuan. Jadi, berhati-hatilah sebelum anda membuat keputusan untuk membeli produk tersebut

Penulis/Penerbit Produk Tidak Mendedahkan Identiti Sebenar

Membina kredibiliti adalah penting dalam menjalankan apa-apa perniagaan, Justeru, adalah penting sekiranya penjual produk mendedahkan dirinya dikhalayak ramai. Namun, tidak semestinya beliau mesti memberi nombor telefon di dalam web jualan tersebut. Cukup sekadar memberi gambar penulis/penerbit dan sedikit biodata mengenai dirinya. Ini secara langsung akan memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk tersebut. Namun, sekiranya identitinya dirahsiakan, mungkin penulis atau penerbit produk itu ada muslihat mereka sendiri supaya pelanggan tidak mencari mereka sekiranya berlaku apa-apa yang melibatkan produk yang dijual.

Produk Terlalu Hype

“Dengan menggunakan pil ini, anda dijamin akan turun 10kg dalam masa 3 hari.”

ataupun

“Anda akan dapat 5000 dalam masa 1 jam sahaja dengan produk ini!”

Nampak terlalu hype atau “janji-menggunung-tinggi” kan ayat-ayat sebegini? Sekiranya produk yang diberikan adalah too good to be true, adalah besar kemungkinan produk tersebut adalah scam. Hakikatnya, tiada yang terlalu mudah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan di dalam sesuatu perkara. Yang penting, usaha yang berterusan dan bijak dalam mengambil langkah (work smart).

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk kita mengenal pasti sama ada produk yang dipromosikan adalah scam atau tidak. Mungkin saya akan utarakan lagi teknik-teknik yang lain pada entry seterusnya. Akhir kata, selamat maju jaya!

Program Pay Per Lead Tertinggi (USD 1 per lead)!!.

Posted on : 10-11-2009 | By : admin | In : duit percuma

Hoho.. ada sahaja yang saya jumpa untuk dapatkan duit percuma ni kan? Saya nak ajak geng semua untuk menyertai program buat duit dengan mudah melalui melalui program Pay Per Lead (PPL).

12 month internet millionaire

Anda tak perlu keluarkan duit sesen pun untuk mendapatkan duit ini. Setiap rakan yang sign-up atas link anda akan menerima ganjaran USD 1 dari Russel Brunson.
Melalui sign-up ini, anda akan menerima laporan dan video percuma dari Internet Marketer (IM) luar negara, Russel Brunson yang akan membongkarkan rahsia menjadi jutawan internet dalam masa 12 bulan secara percuma sahaja.

Sebelum ini saya telah dapat hampir banyak komisyen melalui program PPL ini. Anda boleh promosi melalui forum, twitter, status fb dan banyak lagi! Search saja di search engine cara-cara mempromosikan program PPL.

12 Month Internet Millionare Screen Shots

Untuk mendapatkannya serta mendaftar menjadi ahli affiliate
untuk mempromosi program PPL ini,sila masukkan nama,email dan
nombor telefon anda di sini: http://offto.net/12monthIM

Jangan tunggu lagi, mungkin masa yg anda ada terhad sebelum segala terlambat. Daftarlah sekarang!

Majalah IM: Sumber Perniagaan Internet Percuma!

Posted on : 13-10-2009 | By : admin | In : majalah percuma

Pembaca Sekalian,

Saban hari kita melihat ramai
pengguna internet mengambil
serta mencari peluang mencari
peluang menambah pendapatan
secara sampingan dan sepenuh masa
di internet. Kita juga tahu,
di internet segala macam produk
boleh dimiliki dan dibeli.

Pengguna internet
bebas memilih apa yang mereka
mahu dan tiada ada perkara pun
yang boleh menghalang mereka
untuk mendapatkannya. Semua keputusan
membeli datang dari bakal pengguna.

Sebagai contoh, anda mencari
produk kesihatan lelaki di internet.
Anda membuat carian di internet,
kemudian menjumpai berpuluh-puluh
laman web mempromosi produk-produk
tersebut. Pelbagai jenis dan fungsi
produk yang ditawarkan kepada pembeli.

Malahan harga juga berbeza-beza
mengikut fungsi dan keberkesanannya.
Sebagai seorang pembeli anda bebas
memilih PRODUK apakah yang terbaik,
berapakah harganya dan adakah produk
tersebut memberi manfaat kepada anda.
Keputusan membeli adalah ditangan anda.

diatas, adalah petikan artikel menarik yang saya kongsikan dalam
majalahIM (majalah usahawan internet).

Jika anda berminat membaca artikel
penuh ini atau ingin mendapatkan
artikel MENARIK lain sila ke laman
blog saya untuk muaturun secara
percuma.

Ya! Majalah ini PERCUMA untuk anda.

Harap anda membacanya dan kutip ilmu
BERHARGA ini sebelum orang lain
mempraktikkannya!

Muaturun sekarang: Majalah IM!