Lama Tak Menjenguk Blog Sendiri…

Posted on : 16-02-2012 | By : admin | In : Random

Fuh.. lama sudah tidak menjenguk blog sendiri.. disebabkan banyak kegiatan lain yang mengisi kehidupan harian.. saya hampir terlupa yang saya sebenarnya memiliki sebuah blog sendiri!

Namun dari hari ke hari saya merasakan saya perlu juga memanfaatkan blog ini sebagai wadah perkongsian perniagaan internet saya dan juga log segala aktiviti saya di internet. Kalau tak, lama-kelamaan segala kegiatan di internet yang saya lakukan dahulu akan luput begitu sahaja.

Banyak sebenarnya perlu dikongsikan kepada para pembaca. Nanti bila dah dapat semangat dan ‘vibe’ baru, saya akan terus kongsi kan pada saudara semua.

Blog ini juga bakal bertukar konsep dan wajah baru. Agar pembaca tak mudah bosan dengan artikel yang statik dan ‘dry’.

Oh.. hari ini juga merupakan hari jadi saya, jadi, sesiapa nak bagi ucapan hadiah hari jadi sudi-sudilah tinggalkan komen di bawah ni ye… heh!

Akhir kata.. salam perjuangan!

Pertama Kalinya

Posted on : 18-05-2009 | By : admin | In : ebook percuma, Random

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

new-media-technologies-_id11254241_size400Selamat datang para pengunjung internet sekalian. FreeJer, senang nak ingatkan? (jangan lupa bookmark, hehehe). Laman ini merupakan laman yang akan berkongsi dengan anda tentang apa-apa sahaja yang percuma, sama ada produk digital seperti software, template, ebook, kupon online dan produk fizikal seperti barang tester, hadiah, kupon, voucer atau voucher dan sebagainya. Juga, di sini juga saya nak berkongsi tentang apa-apa sahaja yang menarik untuk dikongsikan, termasuk peluang buat duit di internet, SEO (Search Engine Optimizer), program affiliate, gadget dan teknologi baru, serta previu-previu website yang saya rasa berbaloi untuk dilawati.

Diharap anda semua dapat manfaat dari website ini. Satu lagi, sila beri komen-komen untuk memeriahkan lagi laman ini. Jangan lupa langgan RSS feed saya untuk mendapat maklumat terkini.. dan teruskan melayari laman ini!

Terima kasih semua!

-Ferd, webmaster