Tip Cerdik Membeli Insurans

Posted on : 27-12-2010 | By : admin | In : tips percuma

Salam semua,

Banyak orang bertanya apakah cara yang terbaik dalam membeli sesuatu insurans. Berikut adalah panduan dan tips baik mengenai bagaimana anda boleh lakukan dengan insurans anda.

Satu Insurans untuk Satu Aset

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi asurans untuk melindungi aset terhadap risiko yang sama, misalnya risiko kebakaran untuk rumah anda. Jika anda membeli lebih dari satu polisi insurans, ketika terjadi kerugian /kerosakan aset, anda hanya boleh menuntut salah satu polisi sahaja. Ini kerana syarikat insurans yang telah membuat pembayaran kepada anda akan meminta syarikat insurans lain untuk berkongsi dan membuat pembayaran secara proporsional.

Luangkan Masa Anda

Jangan bertindak terburu-buru untuk membeli sesuatu polisi. Jika anda tidak yakin apakah polisi apa yang anda perlukan, mintalah agen insurans untuk menerangkan kepada anda. Untuk polisi insurans hayat, agen insurans biasanya akan memberikan “gambaran polisi” yang menunjukkan bagaimana polisi tersebut berfungsi. Minta penjelasan point-by-point kepada ejen insuran tersebut.

Memberi Maklumat yang Betul

Ketika membeli insurans,pastikan anda menyatakan semua fakta mengenai orang atau item yang akan diinsuranskan dengan tepat. Ini memudahkan syarikat insurans untuk memutuskan adakah perlindungan tersebut diperlukan dan berapa premium yang harus dikenakan. Jika maklumat anda tidak betul, polisi insurans anda boleh menjadi tidak sah. Semak dengan agen insurans anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.

Berurusan dengan Agen yang Berdaftar

Anda biasanya akan membeli insurans daripada wakil insurans, yang menjual produk insurans untuk insurans yang telah menunjuk dia. Ketika berhadapan dengan agen insurans, meminta-nya Agen Kad Pendaftaran atau menyemak dengan syarikat insurans. Jika ia tidak dapat membuktikan bahawa ia adalah seorang agen rasmi, jangan berurusan dengan dia.

Buat Perbandingan

Membuat ‘survey’ terhadap insurans yang anda inginkan merupakan salah satu tindakan yang berbaloi. Insurans yang berbeza menawarkan manfaat, syarat dan pengecualian yang berbeza. Memahami pelan insurans sangat penting kerana ini dapat memastikan bahawa anda benar-benar dilindungi. Tidak ada jalan pintas ketika membeli sebuah polisi insurans. Baca semua polisi yang ditawarkan sebelum memilih satu polisi insurans.

Dapat Jaminan Keperluan Anda

Tujuan mempunyai insurans adalah untuk mengurangkan beban kewangan sekiranya anda ditimpa kerugian atau kemalangan. Namun, insurans hanya melindungi kerugian yang dinyatakan dalam pelan insurans. Oleh itu, jika anda memperoleh polisi insurans, pastikan insurans tersebut merangkumi item yang anda mahu lindungi supaya tidak menyesal kemudian hari.

Sekian untuk kali ini. Harap dapat membantu anda yang ingin mendapatkan maklumat mengenai insurans.

[Percuma] Bagaimana Nak Mudah Dapat Pinjaman?

Posted on : 21-11-2010 | By : admin | In : ebook percuma

Salam semua, berjumpa lagi di dalam Freejer!

Tahukah anda sebenarnya punca utama ramai orang sukar untuk memulakan perniaggan adalah kerana tidak mempunyai modal?

Kini saudara tak perlu beri alasan lagi kerana saudara dah jumpa penyelesaiannya!

Rahsia mendapat modal percuma

Ebook setebal 30 lebih mukasurat ini bakal berkongsi info dimana
tempat yang sesuai untuk anda rujuk jika ingin membuat pinjaman perniagaan.

Informasi ini bukan dari Along ye! Info ini bagi saya sangat berguna bagi mereka yang tercari-cari atau tertanya-tanya bank atau institusi mana yang sesuai untuk mereka.

Dapatkanya di sini Rahsia Modal

Jualan Terawal Saya di Ebay!

Posted on : 15-10-2010 | By : admin | In : duit percuma, tip ebay

Ini adalah antara jualan pertama saya di Ebay. Barang ni pun saya dapat daripada cenderahati yang diberikan oleh vendor opis saya suatu masa dahulu.

Oklah kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dah menjana ribuan ringgit di Ebay. Inipun saya lakukan semata-mata untuk mengumpul Feedback sebelum saya melangkah lebih serius lagi dalam listing barang.

Ini merupakan salah satu tips yang saya ikuti daripada DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus Oleh Sifu Mansurbiz (terima kasih sifu!)

Antara tip-tip menjual di Ebay:

1) Kumpul positif feedback sebanyak mungkin

2) Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dropship, nasihat saya gunakan dropship tempatan supaya senang anda berurusan.

3) Buat kajian pasaran terlebih dahulu sebelum anda listkan barang. Gunakan Terapeak ataupun WatchItem untuk mendapatkan trend pasaran terkini.

Untuk mendapatkannya, boleh dapatkannya di link ini. Bonus menarik menanti anda!

Skim Cepat Kaya: Simbol Ketamakan Manusia

Posted on : 13-10-2010 | By : admin | In : tips percuma

Entri ini mungkin agak berbeza sedikit dari entri-entri sebelum ini. Tapi saya ingin menulis mengenai isu ini yang saya rasa sehingga kini masih lagi berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini.

Sehingga hari ini, kita masih lagi mendengar isu ini. Tak habis-habis dengan skim cepat kaya! Menurut para ulama dan pakar agama, Islam yang telah menggariskan bahawa sebarang pendapatan atau keuntungan yang berpunca daripada sumber yang haram ataupun gharar (was-was) adalah hukumnya haram, dan sekiranya perkara yang ingin dilakukan itu memberi risiko yang buruk, maka hukumnya akan jatuh haram juga.

Dalam konteks ini, memang jelaslah bahawa skim cepat kaya yang diwar-warkan oleh orang kita dewasa ini lebih membawa kepada unsur haram dan menzalimi diri sendiri yang ternyata ditegah oleh Allah S.W.T. Hukum ini tidak kira sama ada individu yang menubuhkannya mahupun individu yang menyertai skim ini.

Falsafah “Melayu tolong Melayu” ataupun seumpama dengannya jelas mengajak orang lain supaya menyertai skim tersebut, supaya penganjur akan cepat mendapat keuntungan hasil daripada penyertaan skim tersebut oleh orang ramai.

Jelaslah, skim cepat kaya ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah amat dilarang dalam Syariah Agama.

Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:

1) Perniagaan lebih pada mencari prospek baru dalam menaja atau merekrut ahli baru, berbanding daripada penggunaan ataupun pembelian produk.

2) Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.

3) Diajak mendengar ceramah ataupun taklimat di hotel atau tempat yang mewah, mengenai sesuatu perniagaan yang tidak difokuskan kepada kualiti atau cara pemasaran produk.

4) Produk atau perkhidmatan yang dijual oleh syarikat terbabit tidak setimpal dengan nilai sebenar. Contohnya produk kopi dijual dengan harga RM 230 sekotak sedangkan anda boleh dapatkannya kurang daripada RM 10.

Ingat, jangan biarkan diri anda ditipu lagi!

Teknik Topi Kelabu (Greyhat) Dapatkan Backlink Percuma

Posted on : 07-10-2010 | By : admin | In : tips percuma, trafik website percuma

Teknik sorok url anda untuk backlink!

Pada post kali ini, saya nak kongsikan sedikit teknik hitam kelabu bagaimana caranya mendapatkan backlink dengan membuat post samada di forum, comment wordpress, comment blogger mahupun comment di flickr!

Dalam erti kata lain, spam menyerang forum atau comment blog dan mendapatkan balik backlink kepada site anda dengan menggunakan icon “smiley” sebagai anchor text. Hidden link anda tidak akan di”notice” oleh orang lain tetapi ia akan banyak membantu sebagai salah satu cara dalam proses mengoptimasi enjin carian (SEO).

Pada zahirnya apa yang kamu dapat lihat pada icon smiley di bawah? hanya icon sahaja kan?

:)

cuba mouse over pada icon tersebut dan click pada icon tersebut, nyatanya ia akan membawa kita kepada link url lain kan? menarik bukan teknik ni? anda boleh selitkan url anda di dalam post di forum forum yang anda sertai. anda juga boleh post di comment wordpress atau blogger.

Bayangkan apa yang anda boleh lakukan lagi dengan potensi yang didedahkan ni… hehehe… bagi mereka yang buat cookie stuffer, mungkin terpikir akan potensi teknik ini lagi kan?

Ok di bawah ni contoh code kalau kita nak letak di forum:

[URL=http://info.jemput.com] : ) [/url]

manakala di bawah ni pula code untuk comment di wordpress

:)

dan juga di ruangan comment flickr (cuma gantikan dengan image icon smiley yang telah dihostkan ditempat lain)

”"

Senang bukan? bak kata nickflame, “to whitehaters, Why so serious about spam? Blackhatters are always a step ahead of you…

Perisian Tarik Trafik Website. Percuma Lagi!

Posted on : 06-09-2010 | By : admin | In : perisian percuma, perniagaan internet, trafik website percuma

Salam semua,

Kali ini saya nak kongsikan lagi Bonus hadiah daripada seorang lagi internet marketer antarabangsa: 

Satu lagi perisian untuk meningkatkan trafik ke website anda! Tindakan anda diperlukan SEKARANG untuk download hadiah produk berkaitan perniagaan internet.

Dapatkan segera di sini!

Saya sangat cadangkan anda dapatkan produk ini sekarang juga. isikan nama dan email, seterusnya anda boleh terus download software percuma tu. Tak perlu keluarkan duit pun. Dapatkannya sebelum perisian ini dijual pada harga RM 147!

Gandakan akaun ASB anda sehingga RM 200K!

Posted on : 03-09-2010 | By : admin | In : pelaburan percuma, tips percuma

Salam pembaca sekalian,

Saya ada satu teknik yang boleh anda gunakan
jika anda serius untuk memiliki RM200,000 diakaun
ASB anda 20 tahun dari sekarang tanpa berpeluh!

Berminat??

Yang syoknya saya akan tunjukan caranya walaupun
anda tengah pokai sekarang ni, yang penting anda
mempunyai kerja dan gaji tetap.

Jadi bagaimana anda boleh memiliki RM200,000 daripada
kosong hari ini?

Bank gergasi Maybank, CIMB dan RHB ada menawarkan pinjaman
ASB sehingga RM200,000. Anda boleh mohon pinjaman ini sebab
ianya senang nak lulus. Masalahnya, anda tentu bertanya mana
nak cekau duit nak bayar bulan-bulan.

Tekniknya begini..

Untuk pinjaman maksima RM200,000 selama 20 tahun, bayaran
bulanan ialah RM1406.00 sebulan. Dalam setahun anda perlu
bayar RM16,872.00. Yupp.. mana nak cari duit bayar
RM16,872.00 nih..

Strategi orang kaya akan gunakan kemudahan yang ada
disekeliling kita. Caranya ialah anda buat pinjaman
Bank Rakyat sebanyak RM30,000 selama 10 tahun. Bayaran
sebulan ialah RM394.00 sebulan.

Disini anda gunakan pinjaman daripada Bank Rakyat untuk
bayaran pinjaman tahun pertama ASB loan tadi sebanyak RM16,872
dan bakinya anda boleh simpan untuk topup bayaran bulanan
bank rakyat pula.

Oleh itu anda tidak perlu bayar RM1,406.00 sebulan untuk
pinjaman ASB (bayar daripada pinjaman bank rakyat) sebaliknya
anda hanya perlu bayar RM394 sahaja. Cantik tak :)

Untuk tahun kedua dan seterusnya lagi mudah, dividen yang
diperolehi daripada tahun pertama ASB anda boleh bayar untuk
tahun kedua, bonus tahun kedua utk tahun ketiga dan seterusnya
(anda mungkin perlu top up sikit)

Jadi anda telah gunakan pinjaman peribadi (bank rakyat) menjadi
satu leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar didalam
ASB loan RM200,000.00.

Kita jumpa lagi dengan tip-tip kekayaan yang lain.

Sumber: http://jutawanautomatik.com/blog/

Tools Percuma buat Backlink!

Posted on : 31-08-2010 | By : admin | In : bonus percuma, perisian percuma, perniagaan internet

Salam semua,

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana anda nak membuat backlink untuk website anda tanpa bersusah payah submit link web anda secara manual. Sebagaimana yang saya jelaskan sebelum ini, backlink adalah penting dalam menaikkan Page Rank di dalam website anda.

Ini dia perisiannya:

Software Ultimatum,  merupakan hadiah dari Frank Dang, seorang internet marketer antarabangsa yang yang berpengalaman dalam bidang SEO. 16 Tools untuk membina backlink dan menaikkan ranking website anda di Google & Yahoo.

Kini, anda tidak perlu promote susah-susah promosikan website anda dengan hantar komen/ membina link di laman direktori secara manual. Gunakan sahaja software ini dan trafik akan datang secara automatik!

Juga, bonus untuk anda sekiranya anda memperkenalkan website tersebut kepada orang lain:

Dapatkan segera di:

http://softwareultimatum.com/

Saya akan kongsi lagi produk-produk percuma dan tips- tips berguna pada entry akan datang.

Produk Percuma dari IM Antarabangsa!

Posted on : 09-08-2010 | By : admin | In : ebook percuma, perisian percuma, perniagaan internet

Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca sekalian kerana terus setia bersama blog saya.

Oh, ya!

Disebabkan agak kekurangan masa untuk menulis artikel dan berkongsi tips dengan anda, saya mengambil inisiatif untuk Berkongsi dengan anda beberapa  IM antarabangsa untuk memberikan pembaca saya termasuk anda dengan pemberian produk percuma – tanpa kos!

Ini sebagai tanda penghargaan kepada anda kerana terus setia membaca blog saya.

Hadiah dari Hans Rostek: 15 perisian perniagaan internet: percuma untuk anda:

Dapatkan 15 tools internet marketing yang digunakan oleh kebanyakan otai IM antarabangsa untuk membina empayar perniagaan internet sepenuh masa!

Tools yang diberikan adalah seperti affilate generator, link analyzer, article spinner, content checker, coupon generator dan banyak lagi. Memang berbaloi produk yang diberikan adalah bernilai USD 1,115… Kini anda boleh milika dengan PERCUMA!

Dapatkan sekarang di sini!

DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus – Terbaiklah!!

Posted on : 07-08-2010 | By : admin | In : advetorial, bonus percuma, perniagaan internet

Memang tak sangka.. panduan memang video yang paling best saya pernah jumpa. Saya baru dapatkan dvd video ini minggu lepas. Memang menarik sangat! Kelakar pun ada, serius pun ada, macam menonton filem box office lah!

diari usahawan ebay berhingus dvd

Bagi yang nak dapatkan DVD tu, bolehlah anda beli sekarang di sini. Opps.. Jangan lupa, ada bonus menarik jika anda beli DVD tersebut melalui saya. Nak tau? Boleh lihat entry saya di sini

Lihat sendiri ulasan dari sifu MansurBiz aka Yusry JomSeminar:

Salam usahawan,

Sekarang ni “undercover” aku dah pecah lubang

yeayyy…! akhirnya undercover aku di WC terbongkar. By the way, no big deal since objective aku dah tercapai dengan jayanya… thumbs up to everybody!

Mansurbiz yang membuka thread bertajuk “Diari Usahawan eBay Berhingus” kini sudah hampir mencecah 1,500 pages dan 500,000 views merupakan satu-satunya thread yang paling hot di wangcyber.com dalam masa paling singkat.

Di forum carigold juga ada, tetapi disebabkan masalah teknikal yang berulang-ulang, membuatkan aku memfokuskan kepada forum WC sahaja.

Thread tersebut merupakan salah satu projek komuniti underground aku yang ke-3 dalam masa aku kembali ke dunia IM semenjak tahun 2006. Ilham datang selepas aku belajar daripada Michael Fortin, salah seorang copywriter rujukan aku mengenai social marketing through real-life story.

—————–

Apa cuba aku buktikan?

Sebagai seorang usahawan internet sepenuh masa sememangnya aku tidak akan sesekali lupakan kepada usaha mendidik komuniti. Aku percaya kepada satu prinsip “what you give to universe, you get back more”.

Bermula dari projek pertama – “Tuah Emas”, mendidik, meningkatkan IM “literacy” dan market awareness untuk komuniti melalui blog, forum dan ebook sulung bertajuk “e-biz”;

projek ke-2 merupakan satu website “penampan” dalam usahaku membanteras kehadiran lambakan laman-laman bersifat negatif dan ke-3 merupakan thread eBay tersebut.

Even dalam Islam kita diajar, jika kita mempunyai kelebihan, berkongsilah dengan orang lain kerana ianya satu “amanah” bukan hak mutlak kita seorang. Kebanyakan orang hanya teringatkan harta, tetapi ilmu lebih berharga kerana ROI (Return on Investment) nya diperolehi oleh si penerima seumur hidupnya manakala si pemberi menerima sehingga ke hari kiamat!

“Derma” kepada sesama saudara Islam amat besar ganjarannya. Bukan 10 kali balasan kita terima, tetapi lebih 700 kali ganda jika kita ikhlas membantu. Sila refer hadis untuk pengesahan. Aku dah pernah bangkitkan perkara ini di forum.

—————–

Ianya Bermula Dengan Ejekan

“One small step for man; one giant leap for mankind” – Neil Armstrong

Secara jujurnya, aku mula minat memulakan perniagaan ebay sejak bulan Februari 2009, meskipun sudah berdaftar dan membeli pelbagai item di eBay sejak tahun 2006.

Selepas 2 minggu memulakan perniagaan eBay, aku berhasrat untuk berkongsi eksperimen, penemuan dan pengalaman aku melalui diari di forum bertajuk “Diari Usahawan eBay Berhingus”.

Tajuk memasukkan beberapa elemen attraction dalam copywriting yang sinonim dengan maksud – “perkongsian rahsia, tips & tricks tanpa berselindung (sebab tu dinamakan diari) menggunakan satu cabang perniagaan internet eBay oleh seorang newbie”. Ini maksud tersirat dalam elemen AIDA.

Tajuk simple tetapi sedikit “catchy” mewujudkan satu “curiosity” kepada bakal pembaca. Manusia secara psikologi merupakan makhluk yang penuh sifat “curiosity” (amat cenderung untuk mengetahui sesuatu), sebab itu teknik sebegini begitu efektif.

Berbalik kepada topik. Jika diselak kembali pada laman awal setiap thread tersebut aku menjelaskan bahawa aku akan berkongsi pengalaman sendiri sebagai newbie dalam dunia eBay kepada pembaca tanpa berselindung.

Untuk menguatkan lagi AIDA, aku menyertakan juga “social proof” berbentuk laporan jualan dan keuntungan setiap hari. Meskpun angka tersebut tidaklah sebesar mana, tetapi ianya “daya tarikan yang kuat” kerana ianya terbukti secara live.

Sebab itu rancangan TV berbentuk Live atau Realiti lebih mudah mendapat sambutan. Psikologi.

Lebih menarik, aku membuat “public challenge”, bahawa aku akan hanya menjual “mouse pad” untuk berniaga di eBay dan mendapatkan status “Power Seller”.

Ya, memang ramai yang pandang rendah, skeptikal dan gelak berguling-guling dengan cabaran tersebut pada mulanya. Tetapi aku mendapat status Power Seller juga selepas 3 bulan (3 bulan adalah minimum penilaian di eBay) dengan hanya menjual mouse pad sahaja.

Point yang aku cuba buktikan disitu adalah persisten adalah kunci kejayaan mencapai apa juga matlamat berbanding hanya hangat-hangat taik ayam, regardless apa yg dijual. Proven.

Aku sukakan praktikal dan live proven berbanding teori.

Bila wujud golongan skeptikal ini, maka daya tarikan diari tersebut semakin meningkat kerana wujudnya elemen interaksi dan participation daripada pembaca. Provokasi juga salah satu elemen tarikan efektif.

Nampaknya mereka yang skeptikal sudah mula menelan air liur sendiri. Aku tidak menyalahkan atau berkecil hati dengan mereka, sebab memang itu expectation aku dari mula. Malahan aku lebih suka jika wujud pelbagai gologan sebagai reader – “menyokong (pro)”, “skeptikal/menentang (contra)” dan “atas pagar/wait & see (neutral)”.

Mereka ini membuatkan live story lebih interaktif. Macam naik roller-coaster, ada naik dan turun… itu yang membuat “ketagih” berbanding hanya cerita yang mendatar, tiada emosi dan hanya fantasi serta baik sahaja.

Diari ini juga mempraktikkan teknik “Soap Opera”, sentiasa ada kesinambungan atau elemen “cliff-hanger” – tersangkut-sangkut, ada klikmaks semua bercampur-baur. Cerita baru sama ada bersifat suspend, baik dan buruk tiada siapa yang tahu bila mereka bangun setiap pagi keesokannya… sebab ianya kisah benar.

—————–

Terkejut dan Berjayakah Matlamat Diari Usahawan eBay berhingus?

Siapa sangka, perkongsian pintar daripada ahli forum lain juga sememangnya amat membantu menjayakan matlamat projek komuniti ini. Tanpa mereka, peratus kejayaan mengecil. Sokongan daripada para pembaca juga amat diluar dugaan aku sendiri.

Jika aku berusaha sendirian seperti lone ranger, ianya pasti tidak akan berjaya.

Meskipun ianya perkongsian ilmu secara percuma, bagi sesetengah orang mengatakan ilmu percuma sampah amat meleset sama sekali. Bagi aku, ianya amat berjaya.

Baca sendiri testimonial tanpa tapisan (sebab aku bukan admin atau mod forum WC), siapa sangka tiba-tiba ada beberapa “silent reader” yang berkongsi kejayaan mereka hasil perkongsian tersebut.

Berikut merupakan beberapa kerat “testimonial” kejayaan “Diari Usahawan eBay Berhingus” hasil perkongsian pintar dan sokongan ramai pihak yang juga bermula sebagai newbie, tetapi kini dah jadi Power Seller atau Top Rated Seller di eBay:

1) Seorang bujang menggunakan hasil kejayaan untuk berkahwin dan berbulan madu di pulau idaman.
2) Seorang anak dapat membawa seluruh keluarganya, melancong ke destinasi eksotik di luar negara.
3) Seorang pelajar dapat menampung yuran pelajaran dan membeli aset idaman.
4) Seorang adik perempuan masih bersekolah, membuatkan kakaknya tergamam kerana boleh menjana pendapatan sendiri bernilai ribuan ringgit sebulan!
5) dan banyak lagi kisah real life success…

Dikesempatan ini, aku ingin menekankan bahawa projek komuniti ini amat berjaya kerana wujudnya sokongan dan usaha murni beberapa manusia gigih yang ingin sama melihat orang lain berjaya bersama-sama. Nikmat kejayaan tersebut terbukti amat besar dan lebih bermakna.

Setinggi penghargaan kepada nick berikut Zacky, Dilemma, VirtualMetal, Kekuda, Qrodat, Awe 9, Lutfee, Shahraduan, Optom77, JohnTravolta, DangaBay, KitaKaya, WorldEzam, Catzer, Boukdella, Mumtahanah, yat47, Heaven serta ramai lagi mereka yang tenggelam timbul dalam thread tersebut.

Pesanan biasa aku kepada semua juga, ambil quote si TuahEmas:

“Start Now, Start Small”

Salam Sukses,

Yusry JomSeminar
aka Tuah Emas
aka Mansurbiz

P/S: Bagi yang ingin mendapatkan DVD ini, jangan lupa ada bonus baik punya dari saya!