Jangan Minum Ais Kosong!

Posted on : 02-03-2011 | By : admin | In : tips percuma

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG! Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup..

Berita dan Perkembangan Terkini di Mesir atau Egypt

Posted on : 06-02-2011 | By : admin | In : Random

Salam semua,

Post kali ini tidak ada kena mengena dengan perniagaan internet mahupun produk percuma. Sekiranyanya para ahli keluarga di Malaysia ingin mengetahui perkembangan terbaru di Mesir, silalah layari website yang tertera di bawah ini.

Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita (Klik)


Perkembangan Terbaru Rakyat Malaysia di Mesir (6 Februari 2011)

Pemindahan Pelajar Ke Jeddah Dijangka Selesai Ahad

Oleh Muammar Kamarudin
KAHERAH, 5 Feb (Bernama) — Operasi memindah keluar rakyat Malaysia terutamanya pelajar dari Mesir untuk ditempatkan di pusat transit di Jeddah dijangka berakhir Ahad.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya sedang berusaha membawa keluar kira-kira 9,000 pelajar yang secara sukarela mahu kembali ke tanah air.
MKN dan Wisma Putra akan berusaha menyelesaikan pemindahan pelajar menjelang tengah hari esok, katanya kepada pemberita Malaysia di sini Sabtu.
Bagaimanapun, katanya kelewatan mungkin berlaku jika pemindahan itu mengalami masalah birokrasi, cuaca buruk dan kebenaran berlepas yang lewat diberikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang di mana pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia beroperasi.
Mohamed Thajudeen berkata sekiranya pemindahan keluar pelajar-pelajar itu dalam tempoh empat hari sejak Khamis lepas berjaya dilakukan, ia merupakan satu kejayaan bagi sebuah negara seperti Malaysia dalam melindungi keselamatan rakyatnya biarpun di luar negara.
Beliau berkata kejayaan itu dijangka dapat dicapai dengan pesawat tambahan yang akan disediakan oleh AirAsia selain dua pesawat MAS dan tiga pesawat Hercules TUDM.
Ditanya mengapa kerajaan Malaysia tidak membawa pulang terus para pelajar dari Kaherah ke Malaysia, beliau berkata yang paling utama bagi kerajaan ialah untuk memastikan nyawa para pelajar Malaysia di sini selamat.
– BERNAMA

Marilah sama-sama kita doakan semoga rakyat Malaysia dan umat Islam yang masih berada di Mesir berada dalam keadaan selamat. Amiiin…

Ketahui Keyword Adsense Paling Mahal dengan Percuma!

Posted on : 02-02-2011 | By : admin | In : buku percuma, ebook percuma

Dapatkan versi percuma daripada Raja Kamil: Taiko Adsense!

Jana Wang Taiko Adsense

Ebook ini sangat bermanfaat kerana telah mendedahkan segala rahsia besar para penggiat adsense. Ditulis oleh Shah-A dan Raja Kamil.

Ketahui teknik terbaik dalam menjana duit dari adsense, cara menarik trafik dengan banyak, keyword adsense yang dibayar oleh pengiklan adsense dan banyak lagi!

Ketahui TEKNIK Membina Blog Yang Akan MENARIK Iklan Adsense Yang MAHAL” Dengan menggunakan teknik ini, harga iklan adsense di blog-blog baru Raja Kamil telah melonjak sehingga 10 kali ganda dan dia juga menjana jualan dari Amazon.com!

Berikut merupakan petikan testimonial daripada En. Indra di Taikoadsense.com

Pada saya panduan ini amat saya sarankan kepada newbie Adsense. Sebabnya?
1- Belum pernah lagi mana-mana panduan berkaitan adsense mengungkai teknik bagaimana menjana klik yang mahal untuk satu-satu iklan adsense.
2- Teknik yang mudah difahami, mudah diikuti dan jelas penerangannya dalam setiap aspek.
3- Semua teknik adalah menggunakan tools dan platform yang percuma termasuk cara mendapatkan trafik secara percuma juga didedahkan.
Terus dapatkan ebook ini di pautan ini.

Terus dapatkan ebook ini di pautan ini. Saya sarankan segera sebelum versi percuma ini ditarik balik!

[PERCUMA] Facebook: Lubuk Duit Tersembunyi!

Posted on : 19-01-2011 | By : admin | In : ebook percuma, Uncategorized

Kali ini saya ingin kongsikan lagi Ebook Percuma daripada Fairus Abdullah & Faiz Shafie

Mahukah Anda Mendapat Pendapatan Pasif Yang lumayan dan berterusan Seperti Di Bawah Pada Setiap Hari Melalui Aplikasi Facebook?

Ya! Anda boleh melakukannya dengan mudah dan free serta mampu menjana wang dengan BERKESAN melalui satu aplikasi Facebook yang bakal beliau  kongsikan kepada anda serta merta hari ini!

Semestinya PERCUMA. Dapatkan sekarang di sini

6 Template Minisite Profesional PERCUMA

Posted on : 14-01-2011 | By : admin | In : minisite percuma

Salam sejahtera,

Adakah anda masih tercari-cari sesuatu yang bernilai di mana kebanyakkan Internet Marketer sendiri mengakui kepentingannya sebagai satu sistem yang membantu mereka menjana beribu-ribu ringgit di internet?

Ya! Salah seorang IM, Azuan kita telah bermurah hati untuk menghadiahkan 6 template minisite dengan grafik professional secara PERCUMA!

Adakah anda tergolong dalam kategori berikut?

[X] Anda kurang mahir di dalam bidang grafik.
[X] Anda Tiada masa untuk memikirkan tentang design dan coding Minisite.
[X] Anda masih tidak berpuas hati dengan design minisite yang anda reka sendiri. Dan ingin mengubahnya supaya nampak lebih profesional.
[X] Anda ingin berniaga di internet, tetapi anda tiada modal untuk mengupah designer merekabentuk minisite untuk anda.
[X] Anda mahu menarik perhatian ramai pelanggan supaya anda dapat hasilkan jualan.
[X] Anda ada produk “ready to sell” tapi tertangguh disebabkan tiada minisite.

Jika salah satu jawapan anda di atas adalah YA, maka Pakej Mini Pro ini adalah untuk anda!

Minisite umpama kedai. Kedai yang cantik “clean” mestilah ramai pengunjungnya. Cuba tanya diri anda, antara kedai yang bersepah, kotor dan tidak cantik, dengan kedai yang bersih dan cantik mana satu pilihan anda untuk berkunjung? 

Kalau jawapan anda “kedai yang kemas dan cantik”, hari ini adalah hari bertuah untuk anda. Jangan tunggu lagi, download cepat!

Bagaimana Nak Tukar Klip Kertas Kepada Rumah?

Posted on : 29-12-2010 | By : admin | In : motivasi percuma

Salam semua,

Benarkah seunit klip kertas boleh bertukar kepada sebuah rumah? Hari ini saya ingin kongsikan satu video realiti yang penuh inspirasi kepada anda.

Pengajaran dari video ini:
- Dalam hidup ini tiada yang mustahil jika ada keinginan
- Harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
- Besarkan angan-angan. Jangan terlalu hadkan impian anda. “Space is the limit!”
- Paling penting, bertindak untuk mencapai cita-cita anda!

p/s: Apa azam tahun baru?
p/p/s: Menjual 1 unit Klip Kertas di Ebay akan menyebabkan akaun anda digantung oleh pihak ebay. Seperti kata sifu Diari Usahawan Ebay Berhingus –> Jualan Hilang Akal!

Tip Cerdik Membeli Insurans

Posted on : 27-12-2010 | By : admin | In : tips percuma

Salam semua,

Banyak orang bertanya apakah cara yang terbaik dalam membeli sesuatu insurans. Berikut adalah panduan dan tips baik mengenai bagaimana anda boleh lakukan dengan insurans anda.

Satu Insurans untuk Satu Aset

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi asurans untuk melindungi aset terhadap risiko yang sama, misalnya risiko kebakaran untuk rumah anda. Jika anda membeli lebih dari satu polisi insurans, ketika terjadi kerugian /kerosakan aset, anda hanya boleh menuntut salah satu polisi sahaja. Ini kerana syarikat insurans yang telah membuat pembayaran kepada anda akan meminta syarikat insurans lain untuk berkongsi dan membuat pembayaran secara proporsional.

Luangkan Masa Anda

Jangan bertindak terburu-buru untuk membeli sesuatu polisi. Jika anda tidak yakin apakah polisi apa yang anda perlukan, mintalah agen insurans untuk menerangkan kepada anda. Untuk polisi insurans hayat, agen insurans biasanya akan memberikan “gambaran polisi” yang menunjukkan bagaimana polisi tersebut berfungsi. Minta penjelasan point-by-point kepada ejen insuran tersebut.

Memberi Maklumat yang Betul

Ketika membeli insurans,pastikan anda menyatakan semua fakta mengenai orang atau item yang akan diinsuranskan dengan tepat. Ini memudahkan syarikat insurans untuk memutuskan adakah perlindungan tersebut diperlukan dan berapa premium yang harus dikenakan. Jika maklumat anda tidak betul, polisi insurans anda boleh menjadi tidak sah. Semak dengan agen insurans anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.

Berurusan dengan Agen yang Berdaftar

Anda biasanya akan membeli insurans daripada wakil insurans, yang menjual produk insurans untuk insurans yang telah menunjuk dia. Ketika berhadapan dengan agen insurans, meminta-nya Agen Kad Pendaftaran atau menyemak dengan syarikat insurans. Jika ia tidak dapat membuktikan bahawa ia adalah seorang agen rasmi, jangan berurusan dengan dia.

Buat Perbandingan

Membuat ‘survey’ terhadap insurans yang anda inginkan merupakan salah satu tindakan yang berbaloi. Insurans yang berbeza menawarkan manfaat, syarat dan pengecualian yang berbeza. Memahami pelan insurans sangat penting kerana ini dapat memastikan bahawa anda benar-benar dilindungi. Tidak ada jalan pintas ketika membeli sebuah polisi insurans. Baca semua polisi yang ditawarkan sebelum memilih satu polisi insurans.

Dapat Jaminan Keperluan Anda

Tujuan mempunyai insurans adalah untuk mengurangkan beban kewangan sekiranya anda ditimpa kerugian atau kemalangan. Namun, insurans hanya melindungi kerugian yang dinyatakan dalam pelan insurans. Oleh itu, jika anda memperoleh polisi insurans, pastikan insurans tersebut merangkumi item yang anda mahu lindungi supaya tidak menyesal kemudian hari.

Sekian untuk kali ini. Harap dapat membantu anda yang ingin mendapatkan maklumat mengenai insurans.

[Percuma] Bagaimana Nak Mudah Dapat Pinjaman?

Posted on : 21-11-2010 | By : admin | In : ebook percuma

Salam semua, berjumpa lagi di dalam Freejer!

Tahukah anda sebenarnya punca utama ramai orang sukar untuk memulakan perniaggan adalah kerana tidak mempunyai modal?

Kini saudara tak perlu beri alasan lagi kerana saudara dah jumpa penyelesaiannya!

Rahsia mendapat modal percuma

Ebook setebal 30 lebih mukasurat ini bakal berkongsi info dimana
tempat yang sesuai untuk anda rujuk jika ingin membuat pinjaman perniagaan.

Informasi ini bukan dari Along ye! Info ini bagi saya sangat berguna bagi mereka yang tercari-cari atau tertanya-tanya bank atau institusi mana yang sesuai untuk mereka.

Dapatkanya di sini Rahsia Modal

Jualan Terawal Saya di Ebay!

Posted on : 15-10-2010 | By : admin | In : duit percuma, tip ebay

Ini adalah antara jualan pertama saya di Ebay. Barang ni pun saya dapat daripada cenderahati yang diberikan oleh vendor opis saya suatu masa dahulu.

Oklah kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dah menjana ribuan ringgit di Ebay. Inipun saya lakukan semata-mata untuk mengumpul Feedback sebelum saya melangkah lebih serius lagi dalam listing barang.

Ini merupakan salah satu tips yang saya ikuti daripada DVD Diari Usahawan Ebay Berhingus Oleh Sifu Mansurbiz (terima kasih sifu!)

Antara tip-tip menjual di Ebay:

1) Kumpul positif feedback sebanyak mungkin

2) Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dropship, nasihat saya gunakan dropship tempatan supaya senang anda berurusan.

3) Buat kajian pasaran terlebih dahulu sebelum anda listkan barang. Gunakan Terapeak ataupun WatchItem untuk mendapatkan trend pasaran terkini.

Untuk mendapatkannya, boleh dapatkannya di link ini. Bonus menarik menanti anda!

Skim Cepat Kaya: Simbol Ketamakan Manusia

Posted on : 13-10-2010 | By : admin | In : tips percuma

Entri ini mungkin agak berbeza sedikit dari entri-entri sebelum ini. Tapi saya ingin menulis mengenai isu ini yang saya rasa sehingga kini masih lagi berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini.

Sehingga hari ini, kita masih lagi mendengar isu ini. Tak habis-habis dengan skim cepat kaya! Menurut para ulama dan pakar agama, Islam yang telah menggariskan bahawa sebarang pendapatan atau keuntungan yang berpunca daripada sumber yang haram ataupun gharar (was-was) adalah hukumnya haram, dan sekiranya perkara yang ingin dilakukan itu memberi risiko yang buruk, maka hukumnya akan jatuh haram juga.

Dalam konteks ini, memang jelaslah bahawa skim cepat kaya yang diwar-warkan oleh orang kita dewasa ini lebih membawa kepada unsur haram dan menzalimi diri sendiri yang ternyata ditegah oleh Allah S.W.T. Hukum ini tidak kira sama ada individu yang menubuhkannya mahupun individu yang menyertai skim ini.

Falsafah “Melayu tolong Melayu” ataupun seumpama dengannya jelas mengajak orang lain supaya menyertai skim tersebut, supaya penganjur akan cepat mendapat keuntungan hasil daripada penyertaan skim tersebut oleh orang ramai.

Jelaslah, skim cepat kaya ini bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah amat dilarang dalam Syariah Agama.

Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:

1) Perniagaan lebih pada mencari prospek baru dalam menaja atau merekrut ahli baru, berbanding daripada penggunaan ataupun pembelian produk.

2) Menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat berdasarkan bilangan ahli yang ditaja.

3) Diajak mendengar ceramah ataupun taklimat di hotel atau tempat yang mewah, mengenai sesuatu perniagaan yang tidak difokuskan kepada kualiti atau cara pemasaran produk.

4) Produk atau perkhidmatan yang dijual oleh syarikat terbabit tidak setimpal dengan nilai sebenar. Contohnya produk kopi dijual dengan harga RM 230 sekotak sedangkan anda boleh dapatkannya kurang daripada RM 10.

Ingat, jangan biarkan diri anda ditipu lagi!