Cara Mendaftar Perniagaan di SSM Secara Online

Posted on : 23-07-2010 | By : admin | In : perniagaan internet, tips percuma

Tips kali ini yang ingin saya kongsikan adalah Pendaftaran Perniagaan Internet atau offline anda yang dapat dilakukan secara online. Pendaftaran ini amatlah mudah dan hanya perlu anda lakukan dengan komputer peribadi anda atau laptop anda! Tidak perlu lagi bersusah payah menunggu nombor giliran anda di panggil atau mengeluarkan sedikit belanja untuk mengupah agen lain.

Ini telah saya perakui benar kerana hari ini saya sendiri telah berjaya mendaftarkan nama perniagaan saya tiga hari lepas. Kini, perniagaan kedua saya telah saya daftarkan secara online sahaja. Amat mudah!

Segalanya bermula kerana semasa saya pulang bercuti tempohari saya tidak sempat untuk mendaftarkan perniagaan saya kerana kesuntukan masa. Lantas saya terus bertanya adakah mereka menerima pendaftaran secara online? Jawapan positif saya terima dan terus saya beredar dan mendapatkan kertas panduan yang ada.

Berikut saya kongsikan maklumat dari kertas panduan tersebut yang telah saya oleh sedikit isi kandungannya tanpa mengubah panduan penting :

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN E-LODGEMENT SSM PENDAFTARAN PERNIAGAAN :

1. Anda di kehendaki mempunyai alamat e-mel. Mudah bukan?

2. Anda di kehendaki mendaftar sebagai ahli di portal mygovernment : www.gov.my atau di http://www.malaysia.gov.my/EN/myPortal/Pages/myPortal.aspx

Terus terang saya nyatakan jika anda mendaftar di waktu hari bekerja amat mudah kerana dalam beberapa minit saja nama anda telah didaftarkan.

3. Seterusnya mendaftar sebagai ‘SSM Subscriber Registration’ sekiranya hendak mengerahkan borang pendaftaran: www.gov.my . Di sana anda akan di tunjukkan link ke website www.ssm.com.my untuk tujuan pendaftaran sebagai ‘SSM Subscriber’. Sila pilih icon e-lodgement atau klik di sini http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_eLodgement.php

4. Bayaran boleh di buat secara kad kredit, debit langsung dan pre paid. Bagi bayaran secara debit langsung anda hendaklah mempunyai akaun di salah satu bank berikut : MAYBANK / BANK ISLAM / HONG LEONG / PUBLIC BANK DAN CIMB. Tiada bayaran tambahan bagi urusniaga yang dibuat.

Jika melibatkan bayaran secara prabayar (prepaid) sila daftar di Kaunter SSM Tingkat 2 atau Tingkat 13. (Langkah 1 dan 2 di atas mesti di patuhi terlebih dahulu)

Bayaran minima permulaan ialah RM 65.00 (untuk urusan yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan).

5. Sila ikuti arahan yang tertera di skrin mengikut transaksi yang di kehendaki bagi Pendaftaran Perniagaan secara online iaitu:

* Carian Nama (Borang PNA 42)
* Pendaftaran Baru (Borang A)
* Pendaftaran Perubahan (Borang B1, B2, B3 dan B4)
* Pembaharuan Perniagaan (Broang A1)
* Penamatan Perniagaan (Borang C)

Pastikan anda telah selesai mendaftar sebagai pelanggan SSM seperti langkah 3. Kemudian, barulah anda boleh teruskan dengan carian nama. Bagi Pendaftaran Perniagaan (ROB) seperti enterprise, anda boleh buat carian nama dahulu dengan klik pada page SSM E-Lodgment : “Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (ROB)”.

6. Ikuti arahannya yang mudah sahaja dan straight forward. Isikan borang tersebut dan berikan nama perniagaan anda mengikut peraturan nama perniagaan yang ditetapkan oleh SSM (ada dalam borang tersebut).

7. Seterusnya, pada bahagian “Jenis Perniagaan Yang Dijalankan” atau “Nature of Business”, isikan bentuk perniagaan yang dijalankan. Sekiranya anda menjual produk fizikal/digital, boleh tuliskan sebagai “Trading” (tak perlu tulis secara terperinci buat masa ini). Sekiranya bentuk perkhidmatan, boleh tuliskan jenis perkhidmatan yang dijalankan seperti “Membaiki kereta” dan sebagainya.

8. Setelah anda submit borang kelulusan nama perniagaan, tunggu email seterusnya daripada SSM, biasanya akan ambil masa kurang dari 12 jam.  Pastikan anda periksa SPAM folder anda (ini berlaku pada saya!).

9. Sekiranya diluluskan anda boleh teruskan dengan “Pendaftaran Perniagaan Dalam Talian (ROB) ” pada menu E-Lodgement tersebut. Dapatkan nombor rujukan kelulusan nama perniagaan (Approval Name No.) dalam email yang diterima untuk mendaftar perniagaan anda.

10. Pada bahagian “Jenis Perniagaan yang Dijalankan” Gunakan butang search untuk anda memilih jenis perniagaan anda. Sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual produk digital (Internet Marketer), mungkin anda boleh buat carian keyword “Information”. Tak perlu terlalu spesifik dengan perniagaan yang anda lakukan.

11. Setelah selesai isi, buat bayaran dengan kredit kad ataupun bayaran secara pre-paid dan hantar borang tersebut.  Notis memaklumkan pendaftaran perniagaan akan dimaklumkan menerusi e-mel. Memang benar setelah urusan pencarian nama atau pendaftaran perniagaan selesai dalam tempoh tidak sampai 12 jam (sebab saya daftar diwaktu malam) keesokan harinya perncarian nama saya telah berjaya dan diluluskan. Seterusnya dalam tempoh 1 jam urusan Pendaftaran Perniagaan secara online saya telah selesai dan berjaya! Semuanya hanya berhubung melalui e-mel!

12. Seterusnya perkhidmatan bagi mendapatkan cetakan maklumat perniagaan boleh anda perolehi menerusi e-Info dengan melayari semula laman web www.ssm.com.my atau terus ke Kaunter No 3 dan 4 di Tingkat 13, Suruhanya Syarikat malaysia, The Mall. Ketika ini saya hanya perlu membuat cetak Pendaftaran Perniagaan saya di atas kertas A4. Kelak apabila saya kembali ke tanahair, insyaallah salinan asal akan saya perolehi dan bolehlah dipaparkan di dinding di depan komputer peribadi saya! Insyaallah.

(Terima kasih juga kepada wanitaniaga.com atas informasi ini )

Bagaimana Nak Tahu Produk Scam?

Posted on : 22-07-2010 | By : admin | In : perniagaan internet, tips percuma

Akhir-akhir ini, dah banyak saya perhatikan produk-produk digital yang dijual di internet. Tidak kiralah sama ada berbentuk ebook, video, perisian dan sebagainya. Ada yang nampak meyakinkan, tapi.. betulke produk ni betul-betul memberi kesan kepada penggunanya?

Di sini saya mencadangkan beberapa cara untuk anda mengetahui sama ada produk tersebut scam atau tidak. Antaranya:

Maklumat Tentang Produk Tersebut Tidak Jelas

Saya selalu perhatikan ada minisite yang menjual ebook informasi seperti “Buat duit dalam sejam sahaja” atau “RM 5000 duduk goyang kaki”. Namun, apa asas teknik yang digunakan? Affiliate ke? Tulis Ebook ke? MLM ke? PPL ke? Rahsia sangat ke sampai mereka tak beritahu apa asas yang digunakan? Pada pendapat saya, sekiranya produk tersebut terlalu berahsia, mungkin ebook tersebut mengandungi unsur scam atau penipuan. Jadi, berhati-hatilah sebelum anda membuat keputusan untuk membeli produk tersebut

Penulis/Penerbit Produk Tidak Mendedahkan Identiti Sebenar

Membina kredibiliti adalah penting dalam menjalankan apa-apa perniagaan, Justeru, adalah penting sekiranya penjual produk mendedahkan dirinya dikhalayak ramai. Namun, tidak semestinya beliau mesti memberi nombor telefon di dalam web jualan tersebut. Cukup sekadar memberi gambar penulis/penerbit dan sedikit biodata mengenai dirinya. Ini secara langsung akan memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk tersebut. Namun, sekiranya identitinya dirahsiakan, mungkin penulis atau penerbit produk itu ada muslihat mereka sendiri supaya pelanggan tidak mencari mereka sekiranya berlaku apa-apa yang melibatkan produk yang dijual.

Produk Terlalu Hype

“Dengan menggunakan pil ini, anda dijamin akan turun 10kg dalam masa 3 hari.”

ataupun

“Anda akan dapat 5000 dalam masa 1 jam sahaja dengan produk ini!”

Nampak terlalu hype atau “janji-menggunung-tinggi” kan ayat-ayat sebegini? Sekiranya produk yang diberikan adalah too good to be true, adalah besar kemungkinan produk tersebut adalah scam. Hakikatnya, tiada yang terlalu mudah untuk kita mencapai sesuatu kejayaan di dalam sesuatu perkara. Yang penting, usaha yang berterusan dan bijak dalam mengambil langkah (work smart).

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk kita mengenal pasti sama ada produk yang dipromosikan adalah scam atau tidak. Mungkin saya akan utarakan lagi teknik-teknik yang lain pada entry seterusnya. Akhir kata, selamat maju jaya!

Bagaimana nak MENDUIT DARI BLOG?

Posted on : 20-05-2010 | By : admin | In : perniagaan internet, tips percuma

Salam semua,

Ramai orang kekurangan idea bila menceritakan tentang idea dapat duit dari blog. Ada yang rasa nak dapat RM 1 kat online ni pun sangat payah. Sebenarnya kalau kena dengan caranya, amatlah mudah berbanding kita dapat duit dari jual barang secara offline seperti jualan terus (direct selling), membuka kedai, pasar malam dan sebagainya. Jom kita lihat cara termudah buat duit hari-hari kat blog.

Disini saya senaraikan 5 senarai utama rahsia buat duit dari blog yang menjadi kegemaran saya dan agak mudah untuk sesiapa juga yang baru cuba-cuba
untuk buat duit online.

Menjadi Pengedar Produk (Affiliate)

Teknik ini merupakan cara tercepat untuk buat duit dari blog. Anda hanya perlu berdaftar dengan produk yang anda mahu promosikan dan anda boleh menjana komisen lumayan daripada setiap jualan yang dibuat. Jika anda mula mebina list, anda boleh memasarkan produk-produk kepada list anda setiap seminggu sekali. Lagi pun, anda boleh tulis kan review tentang produk yang anda nak promosikan dan sekiranya pengunjung anda suka, pasti mereka akan membeli produk tersebut melalui link anda.

Tawar Ruangan Iklan di Blog

Buat duit dengan blog kini semakin mendapat perhatian kerana banyak cara boleh kita buat duit dengan teknik ini. Anda boleh buka satu thread di forum untuk tawaran iklan anda. Bergantung kepada trafik, semakin tinggi trafik blog anda, semakin tinggi harga iklan yang anda boleh tawarkan@ Blog-blog artis dan selebriti kini menjual iklan dengan begitu banyak sehingga ada yang mendapat RM10,000 sebulan. Antara yang terlah berjaya dengan blog ni seperti Rohaizad, Hanis Zalikha, Pink Stilettos dan banyak lagi!

Menjual Ebook di Blog

Jangan terperanjat menjual ebook boleh menjadikan sesorang jutawan segera. Jika anda lihat pelbagai topik ebook yang boleh kita lihat apabila anda membuat carian digoogle atau yahoo. Antara topik yang mendapat sambutan hangat ialah cara buat duit, kuruskan badan, dan mencari kerja kerajaan. Cara terbaik untuk membuat ebook sendiri ialah melihat ebook apa yang mendapat sambutan dan cipta produk yang lebih baik dan berkualiti.

Promosi Produk Clickbank

Pelbagai topik produk boleh anda temui di clickbank dan anda boleh menjadi pengedar produk-produk tersebut dan menjana komisen lumayan setiap bulan. Bina satu opt-in dalam blog anda supaya anda boleh mengumpul list, seterusnya anda promosi melalui email marketing. Beri keutamaan untuk produk yang mempunyai ulangan pembelian setiap bulan (memberships) kerana anda buat jualan sekali dan mendapat keuntungan setiap bulan. Buat ulasan tentang produk clickbank di Blog anda

Jual Produk Fizikal

Produk offline disini bermaksud produk yang perlu ada dipasaran
yang boleh kita poskan kepada pelanggan. Banyak produk yang
kini boleh dijual dengan membuat satu blog percuma dan buat
ringkasan terbaik tentang sesuatu produk. Antara produk fizikal yang
mendapat sambutan hangat ialah menjual tudung bawal, baju jenama
kanak-kanak, kasut crocs dan banyak lagi. Tidak kurang juga ada yang menjual kereta terpakai melalui blog! Pastikan produk anda dijamin berkualiti dan bukan tiruan untuk mengelakkan sebarang masalah hakcipta.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, pilih salah satu daripada 5 teknik diatas untuk buat duit cepat!

durian belanda penawar kanser?

Posted on : 19-03-2010 | By : admin | In : tips percuma

Sedang saya sedang-sedang membaca email.. tiba-tiba saya dapat informasi ini dari seorang rakan saya…

Betul ke penyembuh barah yang paling bagus ialah durian belanda? Namun kenapa pengetahuan mengenai ini masih belum meluas lagi?

Sama –sama kita baca informasi berguna di bawah ini!

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR BARAH

durian_belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Ha.. sama-samalah kita fikirkan mengenai khasiat buah durian belanda yang berguna ini!

Tips Rahsia Pemasaran Email

Posted on : 10-02-2010 | By : admin | In : tips percuma

Salam pembaca sekalian,

Apa khabar? Lama rasanya saya tak update blog ini. Kali ini saya nak mengutarakan tentang kuasa pemasaran e-mail.

Cuba anda bayangkan…

Anda mempunyai list seramai 10,000 atau lebih!

List ialah prospek yang berikan nama dan
email untuk dihubungi berkenaan sesuatu produk

Dengan hanya "10 minit bekerja"- anda menulis
satu email kepada list anda berkenaan tawaran
tertentu.

email_icon

Hasilnya.. ledakkan wang mencurah masuk ke akaun
anda yang tentunya buatkan anda hampir pitam.

Yang syoknya anda buat setiap kali ada jualan yang ingin anda syorkan ataupun perkongsian informasi. Tapi jangan terlalu kerap hantar email sebab nanti pembaca akan bosan dan menyenaraikan anda sebagai ‘spam’.

Dengan adanya list sebanyak 10,000 anda boleh:

- bawa trafik dengan segera

- buat duit dengan segera

- promosi produk orang lain dan jana komisen

- ucap selamat tinggal kepada boss cerewet

Katakanlah dalam 10,000 email itu ada 1% yang memberi respon:

1% daripada 10,000 = 100

1) Jika anda menjual produk berharga Rm 50, maka Rm 50 X 100 = RM 5000!

2) Jika anda mempromosikan website, maka traffic paling kurang pun 100 pelawat (biasanya akan lebih)

3) Jika anda menjalankan Menyertai affiliate PPL, biasanya rate conversion ialah 10%. = 1000. Sekiranya komisyen diterima ialah RM 0.50 per lead, maka komisyen yang anda akan terima ialah 1000 x 0.50 = RM 500. Senang-senang sahaja!

Bagaimana nak dapatkan senarai email ini? Nantikan entry saya seterusnya..

Tips Bebas Hutang dari Freejer

Posted on : 05-01-2010 | By : admin | In : tips percuma

Hai pembaca sekalian,

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang supaya anda mempunyai
duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya terbaca satu artikel
mengenai sistem yang boleh anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk
cara melenyapkan hutang.

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat
anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

1. Periksa rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa
yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk
beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli
goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.

Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar… hehe

2. Kirakan jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil
yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. Tuliskan senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah.
Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. Buat senarai pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan.
Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. Dan tengok baki bulan yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa
anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. Senaraikan hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang handphone RM1000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta waja RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘menyerang’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu.
Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (handphone?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu
anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan
sebanyak 10%, iaitu RM200 sahaja.

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan
RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan
semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga
Anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar,
cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya
anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang
kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300.
(RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun.
Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan,
dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Pembaca sekalian, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

Sekian tips dari saya.. harap amalkan ye!

Definisi Pagerank dan Website PR10

Posted on : 19-10-2009 | By : admin | In : tips percuma

Salam pembaca sekalian,

Apa itu Pagerank? Saya rasa ramai yang masih keliru mengenai maksud sebenar pagerank (PR). Namun, setelah anda membaca ruangan ini, sedikit sebanyak anda akan tahu kenapa pagerank cukup penting dan bagaimana anda boleh mengetahui pagerank website anda.

Pagerank adalah umpama alat pengukur bagi google dan pengunjung website/blog bagi tahap ‘kepopularan’ blog anda ini. PR mempunyai tahap ukuran dari 0-10, yang mana PR0 adalah yang paling rendah dan PR10 yang paling tinggi/popular. Semakin tinggi pagerank web/blog anda, maka akan semakin mudahlah bot dari search engine untuk ‘merayap’ (crawl) ke blog anda. Antara website yang memberi maklumat mengenai PR website anda ialah seperti http://www.prchecker.info/ dan http://www.checkpagerank.net/

Bagaimana google menentukan PR sesuatu website itu? Jawapannya amatlah rumit kerana google mempunya algorithm (pengiraan) nya sendiri untuk mendapatkan PR bagi sesuatu website tersebut. Anda boleh merujuk lebih lanjut di sini.

Semakin tinggi juga pagerank anda, makin mudahlah pengunjung untuk memberikan komen di website/blog anda, kerana mereka juga mendapatkan pautan balik (backlink) dari blog anda. Ini samalah juga seperti sambil menyelam sambil menangkap ikan.. hahahahha!

Berikut merupakan senarai website yang mendapat pagerank 10 (PR10). Wikipedia pernah list kan website ni suatu masa dulu. Tapi atas sebab tertentu, list tersebut telah pun dibuang oleh Wikipedia.

Setakat ni ada 14 domain yang mendapat PR10. Kalau ada yg nak tambah boleh lah hantar di ruangan komen ni ye

Senarai PR10 websites:

www.google.com – Google Search
www.w3.org – World Wide Web Consortium
www.usa.gov – US Goverment website
www.adobe.com – Adobe Systems, software company.
www.india.gov.in – National Portal of India
www.hhs.gov – US Dept of Health and Human Services
www.recovery.gov – U.S Government recovery board
www.gov.cn – Chinese Government Website
search.theeuropeanlibrary.org – European Library
www.europeana.eu – Multi-lingual online collection of from European museums, libraries & archives
www.cnn.com – CNN website
www.miibeian.gov.cn – China Ministry of Information Industry
www.privacymark.jp – Japan PrivacyMark System

Berusahalah supaya kita boleh dapat PR yg tinggi macam ni (PR3 – 4 pun dah kira ok dah)

p/s: facebook.com & wikipedia.org mendapat PR9. Ketika artikel ini ditulis, website ini baru mendapat PR2.

Tips Percuma untuk Pengguna Jalan Raya

Posted on : 30-05-2009 | By : admin | In : tips percuma

Salam Sejahtera,

Lawak tak gambar atas tu? Gambar tu? Saya dapat dari email dari rakan bisnes saya, dan memberikan gambar dan tips ketika menghadapi kemalangan. Tips ini sebenarnya dipetik dari http://afyan.com, laman mengenai tip-tip yang berguna mengenai takaful dan insurans. Dari pemerhatian saya, penulis web ini merupakan seorang yang mahir dalam hal tuntutan insurans dan takaful selama bertahun-tahun. Oleh itu, sesiapa yang nak cari duit lebih dalam bidang takaful ni boleh la hubungi dia yer! Ayuh, mari kita baca tip-tip ini..

TIP PERCUMA: Ketika Membuat Laporan Polis

21 May 2009 No Comment
Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat di dalam kemalangan. Seeloknya, ia dibaca bersama 3 tulisan saya sebelum ini yang bertajuk: Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans:
1. Bahagian 1: http://afyan. com/ver1/ ?p=858
2. Bahagian 2: http://afyan. com/ver1/ ?p=869
3. Bahagian 3: http://afyan. com/ver1/ ?p=890
Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.
  1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, elakkan mengaku punca kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan telefon dan sebagainya.
  2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.
  3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun, beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.
  4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM 300.
  5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah! :)
Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak
  1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar” dan kenderaan di belakang sebagai “yang melanggar”, kecuali dibuktikan sebaliknya
  2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana “bersalah” melanggar kenderaan hadapan.
  3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz; contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah” adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki, pemilik kenderaan akan didapati “bersalah”, kecuali dibuktikan sebaliknya.
  5. Maka, “pihak yang bersalah” akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.
  6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan. Maknanya RM 300 x 2 = RM 600!
Kisah Benar 1:
Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk. Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing melintas jalan”. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman.
(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik kambing)
Kisah Benar 2:
Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas, tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans.
Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan.
(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan, akan membawa implikasi saman)
Kisah Benar 3
Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motorsikal.
(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)
Kisah Benar 4
Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman. Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu menerima saman pertama.
(Nota; Ini kira tak makan saman la…)