Posted on : 07-06-2009 | By : admin | In : cd percuma

Industri muzik kini mengalami waktu yang amat sukar. Memandangkan dunia internet tanpa sempadan membolehkan kita memuat turun lagu-lagu secara online, banyak syarikat-syarikat rakaman terpaksa gulung tikar kerana kebanyakan CD mereka tidak terjual di pasaran.
Namun bagi Green Hill Music, mereka masih mampu bertahan dalam industri ini kerana menawarkan CD-CD instrumental. Kali ini mereka mempromosikan Album mereka dengan memberikan CD percuma kepada peminat-peminat muzik instrumental. Hanya dengan melanggan dan mengisi borang newsletter mereka, mereka akan memberikan CD kepada anda secara percuma!
Posted on : 04-06-2009 | By : admin | In : cd percuma
Coldplay, nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik alternatif. Mula aktif sejak tahun, kumpulan ini sering menggegarkan dunia dengan album mereka seperti A Rush of Blood to the Head, X&Y dan Viva la Vida or Death and All His Friends

Sebagai tanda terima kasih kumpulan ini kepada peminat-peminatnya, mereka kini menawarkan habuan baik dengan memberikan CD album mereka yang terbaru: Left Right Left Right Left kepada sesiapa yang memberikan email di dalam website mereka. Album ini memuatkan koleksi lagu-lagu mereka yang popular seperti Clocks, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi. Jangan tunggu lagi, segeralah isikan email anda untuk dapatkan CD album Coldplay percuma.