Mengenai
Salam,
FreeJer merupakan laman yang akan memberi informasi tentang apa² sahaja yang boleh kita dapatkan secara percuma di online, tak kira sama ada produk digital atau pun produk fizikal. Matlamat FreeJer adalah untuk menjadi sumber rujukan utama dalam Bahasa Melayu dalam mendapatkan produk-produk yang percuma, sama ada E-Book, kupon online, software shareware ataupun full version, games, vaucer membeli belah mahupun produk percubaan. Namun, visi website ini bukan setakat itu sahaja, malah saya juga akan memberi informasi-informasi yang berguna juga tentang teknologi, ulasan-ulasan mengenai web yang bermanfaat, tips buat duit online dan banyak lagi!
Sebarang komen sila berikan kepada saya melalui komen atau shoutbox yang disediakan. Sila hubungi saya untuk program link exchange dan juga promosi website (akan dibincangkan dengan lebih lanjut)
Sekian, terima kasih
-Ferd, admin
Penafian: Segala apa yang anda download ataupun apa-apa produk yang anda dapat melalui laman ini adalah di atas risiko anda sendiri. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesalahan ataupun sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas pengguna laman ini. Kami hanya ingin berkongsi kepada anda peluang dan barang percuma yang boleh kita dapati, bukan untuk menyebabkan kesulitan pada anda.










