Saya Mahu Hadiah PTS dan Buku Percuma!

Posted on : 27-11-2009 | By : admin | In : buku percuma

Ahaa.. Saya ada satu berita best untuk penggemar-penggemar buku semua, tak kire la sama ada ulat buku-buku ilmiah ataupun pembaca novel. Sedang saya jalan-jalan dalam internet ni saya jumpa satu peraduan menarik.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Pernah dengar nama PTS? PTS merupakan syarikat penerbitan yang banyak mengeluarkan buku-buku dan novel-novel yang bermanfaat untuk tatapan rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura. PTS juga banyak menerbitkan buku-buku yang bercorak kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama dan sebagainya. Tak hairanlah PTS sebuah syarikat yang namanya semakin hari semakin dikenali.

Sempena kempen Membaca Musim Cuti Sekolah bermula dari 21 Nov 2009 sehingga 3 Januari 2010, PTS kini sedang mengadakan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang. Dengan berbelanja sebanyak RM 25 dengan membeli buku-buku PTS dalam satu resit, korang dapat melayakkan diri dalam peraduan ini. Antara hadiah-hadiah yang menarik adalah seperti TV LG Plasma 42″, Kamera Video Sony, Acer Aspire Timeline, Ipod Touch dan banyak lagi.. menarik kan?

Untuk mengetahui syarat-syaratnya anda boleh lawat laman webnya di sini

Tapi ni ada 1 peluang best untuk para blogger ataupun pemilik website. Jika anda mempunyai blog atau website, PTS akan memberikan kepada anda satu buku percuma terbitan PTS dengan syarat anda meletakkan code banner pada blog atau website anda. Buku percuma tersebut pula tidak melebihi RM25. Sambil promote peraduan diorang, buku percuma pun boleh dapat, sape taknak buku percuma kan?

So apa yang perlu anda buat cuma letakkan banner pada mana-mana bahagian di blog anda sehingga 3 Januari sahaja dan pihak PTS akan menghantar buku percuma yang anda pilih pada awal Januari nanti. Nak tahu lebih lanjut, sila tengok kat sini. Jangan berlengah lagi, tawaran untuk buku percuma ini akan tamat pada 1 Disember 2009. Lepas ni dah tak dapat dah buklu percuma tu… ternganga lah korang.. hehehehe..

Okeh, akhir kata – MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN!

Kupon dan Voucher Restoran Modestos Percuma!

Posted on : 11-11-2009 | By : admin | In : kupon percuma

Hai semua,

Satu lagi voucher dan promosi menarik untuk menambah selera makan anda :P . Kali ini anda boleh menikmati hidangan Modestos dengan harga yang cukup murah. Bagaimana? Teruskan membaca di bawah:

modestos

Promosi ini sah untuk pemegang JCard (Jaya Jusco) sahaja

Diskaun 50% untuk makan tengah hari (Pizza & Pasta sahaja).

  1. Diskaun 10% untuk makan malam (Pizza & Pasta sahaja).
  2. Percuma pencuci mulut (dessert) untuk dikongsi oleh empat orang  pengunjung restoran (semeja)
  3. Pengunjung wanita boleh menikmati 30% diskaun untuk makan malam setiap hari Rabu!


Terma dan syarat (dipetik dari sini)

  • Please quote J Card, AEON Credit Card or Express Card promotion.
  • Please present your J Card, AEON Credit Card or Express Card before making payment.
  • Not valid with other promotions or discounts.
  • Valid for dine-in only.
  • Prior reservation is required and subject to seat availability.
  • Valid from 1 Sept 2009 – 30 June 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Modesto’s di talian 03-2713 2333

p/s: Lepas ni bolehlah belanja awek dan kawan makan pizza kat Modestos ye!

Program Pay Per Lead Tertinggi (USD 1 per lead)!!.

Posted on : 10-11-2009 | By : admin | In : duit percuma

Hoho.. ada sahaja yang saya jumpa untuk dapatkan duit percuma ni kan? Saya nak ajak geng semua untuk menyertai program buat duit dengan mudah melalui melalui program Pay Per Lead (PPL).

12 month internet millionaire

Anda tak perlu keluarkan duit sesen pun untuk mendapatkan duit ini. Setiap rakan yang sign-up atas link anda akan menerima ganjaran USD 1 dari Russel Brunson.
Melalui sign-up ini, anda akan menerima laporan dan video percuma dari Internet Marketer (IM) luar negara, Russel Brunson yang akan membongkarkan rahsia menjadi jutawan internet dalam masa 12 bulan secara percuma sahaja.

Sebelum ini saya telah dapat hampir banyak komisyen melalui program PPL ini. Anda boleh promosi melalui forum, twitter, status fb dan banyak lagi! Search saja di search engine cara-cara mempromosikan program PPL.

12 Month Internet Millionare Screen Shots

Untuk mendapatkannya serta mendaftar menjadi ahli affiliate
untuk mempromosi program PPL ini,sila masukkan nama,email dan
nombor telefon anda di sini: http://offto.net/12monthIM

Jangan tunggu lagi, mungkin masa yg anda ada terhad sebelum segala terlambat. Daftarlah sekarang!

Diablo 3 dan Wallpaper Percuma

Posted on : 09-11-2009 | By : admin | In : wallpaper percuma

Salam Pembaca sekalian,

Diablo 3

Perhatian kepada peminat permainan komputer! Ini ada satu berita menarik untuk anda. Bagi yang meminati permainan kategori Role Playing Game, Permainan komputer keluaran Blizzards yang sudah memasuki sequel ketiganya ini akan menggegarkan dunia gaming tak lama lagi, setelah kejayaan World of Warcraft & Defence of the Alliance (DotA) yang menjadi ketagihan para pencinta game.

Dari segi teknikalnya, game ini menggunakan engin Havok Physics. Ciri kepermainannya tidak jauh berbeza daripada Diablo II. Namun, grafiknya sudah dinaik tarafkan dan menyokong DirectX 10 serta Enjin 3D yang boleh diubahsuai (customize). Saya juga minat main game Diablo ini dari dulu. Dan kali ini tak sabar² untuk meneruskan perjuangan saya dalam game seterusnya.

Namun, permainan Diablo III masih belum lagi diumumkan tarikh pelancarannya. Tapi tak mengapa, baik kita layan dulu Wallpaper percuma yang boleh anda download dari sini. Hail to the Diablo!

diablo1

diablo5-480x233

diablowallpaper2-480x233